Monday, November 17, 2008

Bacalah wahai Temanku.....

Assalamualaikum semue...



Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai
seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan
keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.






Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia
tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang
untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk
menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah
membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.




Kita beri beribu alasan, memaksa
dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah
kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.
Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang
sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.





Selalunya kita terlalu asyik bercerita
tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa
kawan kita juga ada cerita yang
ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang
untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,
rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar
tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti
mana dia meniup semangat setiap
kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?







Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk
bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi
bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang
mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami
hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia,
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.





Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak
setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita
sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu



wassalam...

0 comments: